Daie.com

Home

Dari antum @ Korang @ you all..... | TaZkiYaTuN NaFsI | Galeri Daie | Raihan
TaZkiYaTuN NaFsI

tukguru.gif

"Berilah Peringatan, sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin"

nomasjid.jpg

Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

sesungguhnya Allah telah menetapkan pada stiap anak adam itu bahagian daripada zina, yang mana ia tidak akan dapat dielakkan kecuali kita menjauhinya,dua mata itu zinanya penglihatan, dua telinga itu zinanya pendengaran,tangan itu zinanya berpimpin(antara yg bukan mahram) dan kaki itu zinanya langkah. maka hati akan meronta dan berangan angan, sama ada kemaluan akan membenarkannya atau mendustakannya.

(riwayat Bukhari) 

nomasjid.jpg

 

Sifat Sahabat sejati..

gelaran as-siddiq diberikan kepada saidina Abu Bakar kerana beliau orang yang sentiasa membenarkan percakapan rasulullah. selepas berlaku israk mikraj, Abu Jahal telah pergi dari rumah ke rumah menjaja apa yang kisah pelik diceritakan Rasulullah, hinggakan beberapa orang muslim mula meragui baginda. Bila tiba di rumah Abu Bakar, Abu Jahal pun menceritakan hal yang sama. Lalu as-siddiq menjawab : Jika benar Muhammad yang menceritakan semua ini, sungguh aku mempercayainya. Tergamam Abu Jahal mendengar kata kata itu lalu terhentilah dia dari perbuatannya.

Malu dalam Islam

Semua orang tahu apakah itu sifat malu. Walaupun sesetengah insan bisa menganggap malu itu satu perkara yang remeh, tapi sebenarnya malu adalah sifat yang penting dalam Islam. Sifat malu adalah satu sifat terpuji. Bahkan ianya satu sifat yang diiktiraf nabi sebagai salah satu cabang iman, sebagaimana sabda baginda: (iman itu ada lebih 60 cabang dan malu itu adalah sebahagian dari iman.)-mutafaqqun alaih.

Malu yang sebenarnya bererti sopan, dan ianya merupakan satu keistimewaan bagi agama Islam Imam Malik telah meriwayatkan satu hadis: - (sesungguhnya bagi setiap agama ada keistimewaannya,maka untuk Islam ialah sifat malu) Baginda rasulullah sendiri adalah seorang yang pemalu. Imam Muslim meriwayatkan hadis dari Abi Said al-Khudri yang bermaksud: (Baginda adalah seorang yang pemalu dan lebih pemalu dari seorang anak dara dalam kelubungnya. Bila melihat sesuatu yang tidak disukainya, nescaya kami dapat mengecam melalui wajahnya). Malu juga telah  diiktiraf oleh nabi S.A.W sebagai satu daripada akhlak yang mulia dan indah, sepertimana sabdanya: ( tiada sesuatu yang mengiringi sifat malu melainkan ianya mencantikkan. )-riwayat Tirmizi.

Rasulullah bersabda: Sifat malu itu tidak akan mendatangkan sesuatu melainkan kebaikan-MUTAFAQQUN ALAIH. Maka sesiapa yg tiada rasa malu dalam hal yg sepatutnya malu,malanglah dia. Lebih malang lagi  terdapat ahli  masyarakat kita hari ini tersilap faham, bahkan memutarkan hal malu inicontohnya seseorang   merasa malu untuk menegur pasangan yang berdua-duaan tapi  tak  pula malu untuk berdua-duaan sambil meluahkan isi hati..J

Tempat yang tak perlu ada sifat malu diadakan sifat malu. Bila nak bertanyakan hal pelajaran, timbul pula rasa malu. Hakikatnya - tiada malu dlm menuntut ilmu. Bila nak Amal Maruf dan Nahi Munkar tiba tiba menjelmalah sifat malu..tapi tempat yang perlu ada sifat malu, entah ke mana lesapnya sifat malu.

Akhirnya, renunglah doa potong hadis ini; (Malu dan iman itu adalah teman seiring, jika salah satu terangkat nescaya terangkatlah yang satu lagi) - riwayat Muslim. (Antara ajaran yg boleh diambil oleh dr kalam nabi terdahulu, BILA KAMU TIADA MERASA MALU, BUATLAH APA YG KAMU SUKA.)

gokussj4.jpg

Enter supporting content here